KBRN, Manokwari: Dilansir dari fazlisyam.com Betik, atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya Carica papaya L., adalah salah satu buah yang paling popular di kawasan tropika dan subtropika. Dari asalnya di Amerika Tengah, buah ini mempunyai ciri khas Pokok betik renek besar setinggi 2–7 m. Batang pokok tunggal, tengah berongga, kulitnya banyak bekas parut dari batang daun.
Daun-daunnya tumbuh di hujung pokok dan disusun berpilin dari tangkai daun panjang berongga. Helai daunnya berbentuk jejari dan berlekuk, tidak berbulu, tengahnya mempunyai urat yang jelas kelihatan.
Merupakan spesies tumbuhan dalam genus Carica keluarga Caricaceae Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan dan Amerika Tengah, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika termasuk di Asia Tenggara.
Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk, daun muda dan bunga betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan.
Pokok betik biasanya dibiakkan menggunakan biji benih. Ia akan mulai berbuah dalam tempoh 9 hingga 12 bulan selepas ditanam,
Kata Kunci / Tags
Rekomendasi Berita
Memuat berita terbaru.....