Tanda-Tanda Kandungan Gula Berlebihan dalam Tubuh
- 20 Jan 2026 06:15 WIB
- Takengon
RRI.CO.ID, Redelong: Kandungan gula yang berlebihan dalam badan sering kali tidak disadari pada tahap awal. Namun, jika dibiarkan berpanjangan, ia dapa membawa kepada berbagai masalah kesehatan seperti diabetes, gangguan saraf, dan penyakit jantung. Tubuh sebenarnya memberikan beberapa isyarat awal apabila kadar gula dalam darah mula meningkat. Berikut antara tanda-tanda yang perlu perhatian:
1. Sering Dahaga dan Kerap Membuang Air Kecil
Apabila kandungan gula dalam darah terlalu tinggi, badan akan berusaha menyingkirkannya melalui air kencing. Proses ini menyebabkan kehilangan banyak cecair, seterusnya membuatkan seseorang mudah berasa dahaga dan kerap ke tandas.
Baca: Kenali Kandungan Gula Tinggi Pada Makanan dan Minuman
2. Cepat Letih dan Mengantuk
kadar gula yang tinggi memaksa insulin bekerja lebih keras untuk menstabilkan gula darah. Keadaan ini menyebabkan tenaga badan menjadi tidak seimbang, lalu membuatkan seseorang mudah letih, lesu, dan mengantuk walaupun tidak melakukan aktiviti berat.
3. Penglihatan Kabur
Kadar gula yang tinggi boleh mengubah keseimbangan cecair dalam kanta mata. Akibatnya, fokus penglihatan terganggu dan menyebabkan pandangan menjadi kabur atau tidak jelas, terutamanya apabila paras gula tidak terkawal.
4. Selera Makan Meningkat
Walaupun gula dalam darah tinggi, sel-sel badan masih kekurangan tenaga akibat rintangan insulin. Keadaan ini membuatkan otak terus menghantar isyarat lapar, menyebabkan selera makan meningkat tanpa kawalan.
Baca juga: Kandungan Gula Putih Gula Merah dan Gula Aren
5. Kerap Mengalami luka Mulut atau Masalah Gigi
Pada Sekitar mulut yang kaya dengan gula menggalakkan pembiakan bakteria. Ini boleh menyebabkan masalah seperti ulser mulut, gusi berdarah, plak gigi, dan jangkitan mulut yang berulang.
6. Luka Lambat Sembuh
Gula berlebihan dalam darah boleh mengganggu aliran darah dan menjejaskan proses penjanaan semula sel. Akibatnya, luka kecil sekalipun mengambil masa yang lama untuk sembuh dan mudah dijangkiti kuman.
7. Kulit Gatal, Kering, atau Muncul Bintik Hitam
Kulit yang sering gatal dan kering, serta kemunculan tompok kehitaman di leher atau ketiak (dikenali sebagai acanthosis nigricans), merupakan tanda paras insulin yang tinggi dalam darah dan petunjuk awal masalah metabolik.
8. Berat Badan Naik atau Turun Tanpa Sebab Jelas
Ketidakseimbangan insulin boleh mengganggu metabolisme badan. Ada yang mengalami kenaikan berat badan secara mendadak, manakala sebahagian lagi mengalami penurunan berat badan tanpa sebab yang jelas.
9. Rasa Kebas atau Mati Rasa pada Tangan dan Kaki
Baca: Asupan Gula Perhari dan Dampaknya Terhadap Kesehatan
Kadar gula yang tinggi dalam jangka masa panjang dapat merusakkan saraf secara perlahan-lahan. Ini menyebabkan rasa kebas, atau mati rasa pada bahagian tangan dan kaki.
Mengenali tanda-tanda kandungan gula berlebihan dalam badan adalah langkah awal yang penting untuk mencegah komplikasi serius. Pola makanan seimbang, mengurangi asupan gula, serta menjalani gaya hidup aktif dapat membantu menurunkan kadar gula darah agar meningkatkan kualitas hidup.
Rekomendasi Berita
Memuat berita terbaru.....